Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

PadaMU YA ALLAH

Pengalaman itu mengajar kita erti kecekalan dan ketabahan. Semuanya aku perolehi atas semangat yang luar biasa ini. Mungkin ianya datang dari perkongsian nyawa dengan si kecil yang kian membesar di dalam rahimku. Ketabahan itu memang ada pada setiap wanita yang akan bergelar IBU. Kecekalan itu akan ada pada setiap wanita yang mahu dipanggil IBU. Setiap apa yang tertulis ini adalah dari hati seorang wanita yang berdoa dan berharap agar Allah S.W.T akan memberiku peluang merasai pengalaman mengandungkan zuriat ini sehingga selamat dilahirkan ke dunia, serta dapat membesarkan dan mendidik Anugerah terindah yang telah dikirimkan dan dipinjamkan kepadaku. Anugerah yang tiada nilai harganya, amanah dan tanggungjawab dari Allah S.W.T yang telah diutuskan ke atasku untuk menjaga dan menjadikannya seorang INSAN, MANUSIA yang taat kepada suruhanNYA.  Ya Allah,  Tuhan yang Maha Kaya, Maha Pengasih dan Maha Pengampun,  KAU tunjukkanlah aku ke jalan yang diredhai.  Ya A